Posts

Showing posts from November, 2018

Memilih Bahan Bacaan Yang Sesuai Untuk Melatih Kemahiran Membaca Kanak-Kanak

1.0   Pengenalan             Terdapat 4 kemahiran bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada zaman ini. Kemahiran membaca merupakan antara salah satu daripada kemahiran penting yang perlu mereka menguasainya. Hal ini kerana dengan membaca, seseorang itu dapat menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi daripada pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu menbunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses di mana dapat membina pemikiran seseorang. Dengan membaca, seseorang itu dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan bacaan dengan tepat dan juga dapat memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling. 2.0   Konsep Kemahiran Me...

Kemahiran Berbahasa

1.0 Pendahuluan Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993:65), seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan satu kemahiran yang dapat membantu seseorang itu mempunyai kebolehan menyampaikan serta menerima maklumat, buah fikiran dan idea melalui proses percakapan, memberi pandangan, atau pendengaran suara. 2.0 Pengenalan Kemahiran Mendengar             Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), mendengar bermaksud kemampuan menangkap atau menanggap bunyi dengan telinga. Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar. Manakala oleh   penerangan Barker (1971)   pula boleh dir...