Kemahiran Berbahasa
1.0 Pendahuluan
Menurut
Abdul Aziz Abdul Talib (1993:65), seseorang yang telah menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek tatabahasa,
perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari melalui
aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur
sebagai proses menghasilkan bahasa. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
satu kemahiran yang dapat membantu seseorang itu mempunyai kebolehan
menyampaikan serta menerima maklumat, buah fikiran dan idea melalui proses
percakapan, memberi pandangan, atau pendengaran suara.
2.0 Pengenalan Kemahiran Mendengar
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi
Kedua (2008), mendengar bermaksud kemampuan menangkap atau menanggap bunyi
dengan telinga. Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara
proses mendengar dan dengar. Manakala oleh
penerangan Barker (1971) pula
boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar
adalah satu proses yang pasif. Pendengaran yang aktif melibatkan proses
mendengar bertujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan
sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang
melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu
kepada penggunaan telinga malah tertumpu kesemua pancaindera seperti
penglihatan, iaitu dengan menerusi komunikasi tidak verbal. Dari segi
kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati
terhadap apa yang telah didengar. Setelah kamahiran mendengar terhasil maka
para pelajar dapat mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat
merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam
proses pembelajaran.
Mendengar adalah kemasukan input
bahasa atau bukan ayat bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga
(Siti Hajar Abdul Aziz 2009). Otak akan mentafsir kemasukan input bahasa untuk
membolehkan seseorang memahami makna ayat serta ujaran. Tuan Jah Tuan Yusuf
& Faridah Nazir, PhD (2011) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah
keupayaan murid mendengar secra teliti, memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas.
2.1 Konsep Kemahiran Mendengar
Komunikasi
ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada
seseorang. Ia merupakan proses yang bermula apabila satu mesej atau maklumat
daripada pengirim, penutur, penulis dan sebagainya dipindahkan menerusi alat
atau saluran khas kepada penerima, pembaca, pendengar dan sebagainya (Mohamad
Azizi Mohd. Atar, 2000). Sebagai penerima maklumat, iaitu pendengar,
keberkesanan komunikasi sememangnya banyak bergantung kepada kemahiran
mendengar. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah amat penting untuk
menjamin seseorang individu itu dapat menerima sesuatu maklumat dengan tepat
dan betul. Namun, kebolehan seseorang individu mendengar dengan berkesan pula
seringkali dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kebisingan dan sikap pendengar
itu sendiri lalu menyebabkan individu tersebut tidak dapat mendapat maklumat
dengan jelas melalui pendengaran. Contohnya, pendengar mendengar dalam
persekitaran yang bising, pendengar tidak memberi perhatian dan tidak fokus
terhadap apa yang didengar menyebabkan pendengar tersebut gagal mendapat
maklumat yang hendak disampaikan.
Kementerian
Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum menerangkan kemahiran
mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
serta dapat memberikan respons. Berdasarkan penyataan tersebut menjelaskan
bahawa kemahiran mendengar dengan berkesan bukan sahaja merujuk kepada
kebolehan seseorang itu dapat mendengar bunyi dengan jelas sahaja tetapi
kemahiran mendengar dengan berkesan merupakan satu kemahiran di mana individu
tersebut perlu mempunyai kebolehan untuk mentafsir, menganalisis serta memahami
maklumat yang diterima melalui kebolehan pendengaran. Kemahiran mendengar
dengan berkesan merupakan antara satu kemahiran yang dominan yang perlu
dilengkapi oleh setiap individu.
Tambahan
pula, seseorang individu itu perlu mempunyai mental yang sihat bagi membolehkan
mereka dapat menganalisis dan memahami sama ada maklumat yang disampaikan
adalah bersifat positif atau negatif. Selain itu, seseorang individu yang
mempunyai kemahiran mendengar dengan berkesan dapat melakukan tindak balas yang
wajar terhadap arahan yang diberi setelah dianalisis dengan minda mereka lalu
melakukan tindakan atau respons yang rasional.
3.0 Pengenalan Kemahiran Bertutur
Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertutur bermaksud bercakap, berkata dan
berbicara. Kemahiran Bertutur ialah kemahiran menyebut dan menyembunyikan
bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada
(tekanan suara), jeda serta helaan yang betul (Noor Aida Dani 2007).
“Suprapenggalan” atau lebih dikenali sebagai unsur ilmu linguistik merupakan
aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Perubahan kepada unsur-unsur ini akan
melibatkan perbezaan maksud bagi sesetengah bahasa. Bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, intonasi adalah amat penting. Menurut Kamaruddin Hj Husin
(1988), membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Oleh itu, membaca juga
bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan
memahami isi kandungannya.
Kemahiran
bertutur merupakan salah satu kemahiran literasi yang utama, di samping
kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Sesetengah penyelidik turut memuatkan
kemahiran berfikir sebagai salah satu kemahiran literasi (Scardamalia Bereiter
& Steinbach 1984; Bareiter & Scadamalia1987; Calfee &
Nelson-Barber, 1991; Block, 1993). Kemahiran bertutur juga merupakan kemahiran
literasi yang mula-mula diperoleh di samping kemahiran mendengar, tanpa proses
pengajaran dan pembelajaran yang ketara dan, proses penguasaannya pula
seolah-olah berlaku secara semula jadi (Stubbs, 1980). Jelaslah menunjukkan
bahawa kemahiran bertutur dengan berkesan bukan sahaja bergantung kepada
keupayaan seseorang itu dapat menghasilkan suara atau percakapan malah perlu
mempunyai pemikiran yang waras untuk membolehkan individu tersebut menyampaikan
maklumat yang hendak disampaikan kepada orang lain dengan berkesan dan tepat.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bertutur merupakan satu proses di
mana seseorang individu itu dapat mengeluar dan menghasilkan bunyi dari mulut.
Insan yang dilahirkan tanpa kecacatan pada bahagian organ yang digunakan untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa atau lebih dikenali sebagai alat artikulasi
sudah mempunyai kemahiran bertutur setelah lahir tetapi untuk mempunyai
kemahiran bertutur dengan berkesan, seseorang itu perlu dilatih dari segi
penggunaan bahasa, tatabahasa, kesihatan mental dan kesantunan berbahasa.
3.1 Konsep Kemahiran Bertutur
Menurut
Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan
buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang
diceritakan. Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan struktur
ujaran yang teratur itu. Pandangan tokoh ini menyatakan bahawa seseorang
individu yang mempunyai kemahiran bertutur dengan berkesan akan dapat
menyampaikan buah fikiran, idea, pandangan terhadap sesuatu perkara atau
sesuatu maklumat dengan berkesan kepada orang di sekelingnya. Seseorang
individu itu akan dianggap mempunyai kemahiran bertutur dengan berkesan jika
orang di sekelilingnya dapat memahami, menerima maklumat serta perucapan yang
disampaikan oleh individu tersebut dengan tepat dan jelas. Sebagai seorang
penutur yang baik juga perlu menjaga kesantunan bahasa seperti menggunakan
bahasa dan nada yang sopan supaya emosi pendengar tidak terganggu apabila
proses komunikasi berjalan. Selain itu, aspek penggunaan bahasa juga penting
dalam menjamin wujudnya komunikasi yang berkesan sesama manusia. Penutur perlu
menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh pendengar. Sehubungan itu,
penggunaan bahasa kebangsaan dalam negara yang terdiri daripada masyarakat
majmuk adalah sangat diggalakkan untuk mewujudkan satu komunikasi sosial yang
berkesan. Misalnya, rakyat negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
mempunyai bahasa-bahasa ibunda sendiri. Rakyat Malaysia lazimnya akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi dengan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Perlakuan-pelakuan
pengajaran dapat disempurnakan melalui interaksi lisan antara guru dengan
pelajar (Vygotsky, 1978; Cazden, 1988; Wells & Chang-Wells, 1992; Tharp
& Gallimore, 1994). Berdasarkan pandangan tersebut, kita menyedari bahawa
kemahiran mendengar dan bertutur yang berkesan amat diperlukan untuk mewujudkan
intereksi yang berkesan sesama manusia. Sebagai tamsil, jika tidak wujud
interaksi lisan sesama guru dengan pelajar maka interaksi yang berkesan tidak
wujud. Oleh sebab itu, guru memerlukan interaksi lisan sebagai satu medium bagi
menyampaikan input dan maklumat untuk membolehkan pelajar dapat melaksanakan
tugasan pengajaran. Dalam hal ini, kedua-dua pihak memerlukan kemahiran mendengar
dan bertutur dengan berkesan bagi memastikan maklumat dan infomasi dapat
disampaikan dengan tepat.
4.0 Penutup
Keupayaan
berinteraksi lisan sering kali menjadi penentu antara kejayaan dan kegagalan
seseorang dalam kehidupan (Pinnell & Jaggar, 1911). Seseorang yang dapat
menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dengan
berkesan akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat kejayaaan
berbanding dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran tersebut. Oleh itu, masyarakat
tanpa mengira status lapisan masyarakat perlu menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur dengan berkesan.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib (1993:65). Menguji Kemahiran Bahasa, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bareiter, C. & Scadamalia, M.
(1987). An attainable version of high literacy: Approaches to teaching
higher-order skills in reading and writing. Curriculum Inquiry, 17 (1):9-30
Barker,
L. (1971). Listening behavior.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Block, C.C. (1993). Teaching the language arts: Expanding
thinking though student centered instruction. Boston: Allyn and Bacon.
Calfee, R. & Nelson-Barber, S.
(1991). Diversity and constancy in human thinking: critical literacy as
emplifier of intellect and experience. Dlm. Hiebert, E.H. (pnyt.), Literacy foradiverse society: Perspectives,
practices, and policies. New York:
Teacher College Press.
Cazden, C. (1988). Clasroom discourse: The language of teaching
and learning. Portsmouth, NH: Heinemann.
Chuah Teik Huat (1987). Text files the easy way. Petaling Jaya,
Selangor; Longman.
Gumperz (1971). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd
Kamaruddin
Hj Husin (1988). Pedagogi Bahasa.
Kuala Lumpur: Sri Pendidikan Longman Sdn
Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Kamus
Pelajar Edisi Kedua (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum (t.t). TAKLIMAT
STANDARD KURIKULUM KEMAHIRAN MENDENGAR & TUTUR, dicapai daripada
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/03-kemahiran-mendengar-dan-bertutur.pdf
Mohamad Azizi Mohd. Atar, (2000), Kepentingan kemahiran mendengar, dicapai
daripada: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm
Noor
Aina Dani. (2007). Pengantar
Psikolinguistik, Selangor Darul Ehsan: Sasbadi.
Pinnell, G.S dan Jaggar, A.M. (1911).
Oral language: Speking and listening in the classroom. Dlm. Flood, J., Jensen,
J.M., Lapp, D. & Squire, J.R (pnyt.), Handbook
of research on teaching in the language arts. New York: Macmillian.
Scardamalia, M., Bereiter, C &
Steinbach, R. (1984). Teachability of relective processes in written
composition. Cognitive Science. 8 (2): 173-190.
Stubbs, M. (1980). Language and literacy: The sociolinguistics
of reading and writing. London :
Routledge & Kegan Paul.
Tharp, R. & Gallimore, R. (1994). Rousing minds to life. New York:
Cambridge University Press.
Tuan
Jah Tuan Yusof Phd, Faridah Nazir Phd. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind and society. Cambridge, MA: The MIT Press.
Wells, G. & Chang-Wells, G.L.
(1992). Constructing knowledge together. Portsmouth,
NH: Heinemann.
nk tanya...penulis artikel ni nama apa
ReplyDelete